Madrasah Nahdhah Hasanah Melele atau di kenali juga dengan Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah merupakan sebuah sekolah agama rakyat yang di tubuhkan pada tahun 1946M. Tuan Imam Lebai Salleh merupakan orang penting dalam pra penubuhan penubuhan institusi ini. Beliaulah orang yang berhempas pulas untuk membawa Syeikh Tajuddin Al-Jarumi bagi mengetuai sekolah ini. Pengasas sekolah ini yang juga mudir pertama ialah al-'Alim al-'Allamah al-Syeikh Tajuddin bin Abdul Rahman al-Jarumi (Dato' Mursyid Diraja) (1924-2000M). Sekarang ia telah berkembang menjadi sebuah Sekolah Menengah Agama di antara yang tersohor dalam Negeri Kedah Darul Aman, dengan murid seramai 400 orang.

Hak Cipta Terpelihara 2008 © Yayasan Nahdhah Hasanah
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dan Internet Explorer dengan resolusi 1024 X 768