Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com
Info: Hubungi Kami - Sunday, 29 June 2014 17:04
Info: Misi dan Visi - Sunday, 29 June 2014 15:36
Info: Kata Aluan Pengetua - Sunday, 29 June 2014 15:35
Info: Pengasas Madrasah - Sunday, 29 June 2014 15:35
Info: Sejarah Penubuhan - Sunday, 29 June 2014 15:34
Info: Pengenalan Madrasah - Sunday, 29 June 2014 15:34

Apa Itu Tauhid?

Apakah erti Tauhid?Jawapan:
Al-Imam al-Junayd berkata:


التَّوْحِيدُ إِفْرَادُ الْقَدِيـمِ مِنَ الْمُحْدَثِ

Maknanya: “Tauhid ialah menyucikan (Allah) al-Qadim (Yang Maha Sedia Ada tidak mempunyai permulaan) dari (menyerupai makhluk-Nya) yang baharu (ada yang didahului dengan tiada dan ada permulaan)”. [Diriwayatkan oleh al-Hafiz al-Khatib al-Baghdadi]
Allah ta^ala berfirman:


لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَىْءٌ

Maknanya: “Tiada suatu pun yang sama seperti-Nya (Allah)”. [Surah al-Shura: 11]Suatu ketika Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wasallam ditanya tentang amalan yang paling utama,
lalu Baginda sallaLlahu ^alayhi wasallam menjawab:


إِيـمَانٌ بِاللهِ وَرَسُولِهِ

Maknanya: “Keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya”. [Diriwayatkan oleh al-Bukhari]

Read more...

JASAD HABIB SAYYID MUHAMMAD ALAWI ALMALIKI Rahimahullah MASIH UTUH

Sayyid Muhammad Allawy Al Maliki Al hasani

Gambar di kotak nomor 102 perkuburan Ma'la, hadapan makam Sayyidah Khadijah binti Khuwailid r.a, istri tercinta dan pertama Nabiyyina Muhammad saw. . Biasanya selepas satu tahun makam di kawasan ini akan dibuka, jasat yang reput akan di ubah ketempat lain. Namun begitu kerana jasat beliau Rahimahullah masih utuh ia tidak diubah.Makam ini dibuka untuk pemeriksaan kali yang ke-3. Ketika makam ini dibuka ahli keluarga akan diundang. Wakil keluarga beliau Ustad Farid atau Abu Zabib telah menyaksi keutuhan tersebut.MasyaAllah.

Beliau Rahimahullah sangat berjasa kepada Sekolah Agama Nahdhah Hasanah Melele. Beliau banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada pihak sekolah. Beliau Rahimahullah melawat sekolah ini sebanyak 3 kali dan beliau melawat Kedah pun sebanyak 3 kali. Terasa keberkatan apabila melawat kami di sini. Di doakan agar Allah menurunkan rahmat kepada beliau seluas-luasnya.

Syeikh Nashiruddin Al-Albani Tokoh Aliran Salafi

Syeikh Nashiruddin Al-Albani adalah tokoh ulamak aliran salafi. Beliau seorang tukang jam yang dilahirkan di kota Ashkodera, negara Albania tahun 1914 M dan meninggal dunia pada tanggal 21 Jamadil Akhir 1420 H atau bertepatan dengan tanggal 1 Oktober 1999 di Yordania. Pada masa hidupnya, sehari-hari dia adalah seorang  tukang reparasi jam. Dia memiliki hobi membaca kitab-kitab khususnya kitab-kitab hadits tetapi tidak pernah berguru kepada guru hadits yang ahli dan tidak pernah mempunyai sanad yang diakui dalam Ilmu Hadits.

Keluarga beliau boleh dibilang termasuk kalangan kurang berada, namun bertradisi kuat dalam menuntut ilmu agama. Ayahanda beliau bernama Al-Haj Nuh, lulusan Lembaga Pendidikan Ilmu-ilmu syari”ah di ibukota negara dinasti Utsmaniyah (kini Istambul). Keluarga beliau kemudian berhijrah ke Damaskus, ibu kota Syria, dan menetap di sana.

Read more...

ALALLAMAH SAYYID MUHAMMAD ALAWI- ULAMAK AHLI SUNNAH WALJAMAAH

ALALLAMAH SAYYID MUHAMMAD ALAWI AL-MALIKI- ULAMAK AHLI SUNNAH WALJAMAAH KINI
Oleh muridnya: Fakhruddin Owaisi Al-Madani
Terjemahan : Syed Abdul Kadir Aljoofre
 
Pendahuluan

As-Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki adalah salah seorang ulamak Islam yang terutama desawarsa ini tanpa ragu lagi, ulamak yang paling dihormati dan dicintai di kota suci Makkah.

Beliau merupakan keturunan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, penghulu Ahlil Bait, Imam Hadis di zaman kita, pemimpin keempat-empat mazhab, ketua rohani yang paling berkaliber, pendakwah ke jalan Allah, seorang yang tidak goyah dengan pegangannya di dunia ilmiah Islam turath.

Menzirahi beliau merupakan suatu kemestian kepada para ulamak yang menziarahi Makkah.

Read more...

GREEN Blue Orange BACK TO TOP