Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com
Info: Hubungi Kami - Sunday, 29 June 2014 17:04
Info: Misi dan Visi - Sunday, 29 June 2014 15:36
Info: Kata Aluan Pengetua - Sunday, 29 June 2014 15:35
Info: Pengasas Madrasah - Sunday, 29 June 2014 15:35
Info: Sejarah Penubuhan - Sunday, 29 June 2014 15:34
Info: Pengenalan Madrasah - Sunday, 29 June 2014 15:34

Majlis Alumni & Aqiqah Salsabila

29 Oktober- Majlis Alumnai yang berlansung pada hari Sabtu kelmarin mendapat sambutan yang baik daripada bekas-bekas penuntut sekolah ini. Seramai 600 orang telah hadir di dalam majlis tersebut dan seramai 100 orang anak cucu dan cicit Syeikh Tajuddin hadir dalam majlis tersebut. Bekas-bekas pelajar yang hadir bukan sahaja daripada tempatan malah terdiri daripada mereka yang tinggal di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perlis dan Langkawi. Tiga ekor lembu dikorbankan pada hari ini. Sembelihan lembu dilaksanakan oleh Sohibulfadilah Ustaz Zaki bin Ali dan Yang Berbahagia Pak Lang Abidin Osman.

 

Beberapa orang cucu Syeikh Tajuddin yang di temubual yang terdiri daripada Prof Madya Dr Widat, Prof Madya Dr Elyani, Dr Nafisah, Dr Aishah Asyhraf, Dr Solha, Dr Samihah, Dr Irfan Hatim, Ir Ismat, Architect Zainal dan beberapa orang lagi melahirkan rasa gembira dan berpuas hati di atas penganjuran majlis ini. Ramai daripada bekas-bekas pelajar sekolah ini mencadangkan bahawa majlis Alumnai dibuat diluar waktu korban agar lebih ramai lagi ahli dapat hadir di dalam majlis tersebut. Syeikh Najahudin Latih seorang pensyarah UITM Shah Alam, yang ditemubual menyifatkan pertemuan kali ini akan menjadi pemancu kepada perhimpunan pada masa akan datang. Pendapat yang sama diluahkan juga oleh Encik Hashim Ismail seorang pengusaha Syarikat Pengankutan Kontena yang sedang berdaya maju. Kebanyakkan yang ditemubual mahukan alumnai sekolah ini dapat bergerak aktif agar dapat memberi sumbangan yang bermakana kepada sekolah.

Gambar

 

GREEN Blue Orange BACK TO TOP