Joomla Templates and Joomla Extensions by ZooTemplate.Com
Info: Hubungi Kami - Sunday, 29 June 2014 17:04
Info: Misi dan Visi - Sunday, 29 June 2014 15:36
Info: Kata Aluan Pengetua - Sunday, 29 June 2014 15:35
Info: Pengasas Madrasah - Sunday, 29 June 2014 15:35
Info: Sejarah Penubuhan - Sunday, 29 June 2014 15:34
Info: Pengenalan Madrasah - Sunday, 29 June 2014 15:34

Pengenalan Madrasah

INTRO

Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah Melele merupakan sebuah sekolah agama rakyat bantuan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah. Ia ditubuhkan sejak 66 tahun yang lalu. Pengajian di sini menggunakan kurikulum yang seimbang yang terdiri daripada kurikulum Universiti Al-Azhar untuk agama dan bahasa Arab, Tahfiz al-Quran dan Kurikulum bersepadu sekolah menengah (KBSM). Pendidikan rohani menjadi cabang utama dalam pengajian di sini. Dalam program pembentukan kerohanian, pelajar-pelajar diwajibkan mengikuti jadual-jadual harian dan mingguan seperti berikut:

1- Solat fardhu berjamaah 5 waktu.

2- Zikir selepas solat lima waktu.

3- Membaca al-Quran selama 20 minit selepas solat magrib dan subuh

4- Majlis membaca ratib al-Haddad selepas solah Asar.

5- Membaca zikir asmaul-Husna selepas solat 'Isyak.

6- Membaca Qosidah burdah dan lain-lain sebelum magrib di bawah bimbingan Syeikh Abdul Wahab al-Misri.

7- Majlis membaca surah Yasin dan doa' pada tiap-tiap hari Khamis selepas solat magrib dan membaca surah al-Kahfi selepas soalat 'Isyak

8- Majlis tahlil selepas magrib hari Jumaat.

9- Mengikuti kuliah subuh Ustaz Jamil al-Jarumi mengenai fadailul A'mal pada hari Jumaat dan Sabtu.

10- Mengikuti kuliah Magrib Ustaz Zaki Al-Fathoni mengenai penjagaan akhlak pada hari Ahad.

 

PEGAWAI KANAN SEKOLAH

Pengetua: Syeikh Muhammad Farid Wajdi bin Dato' Haji Tajuddin al-Jarumi, MA(Mal), B.A. (Hons) al-Azhar, Sij Perguruan.

Tim. Pengetua Pengurusan Akademik: Syeikh Harun bin Jasin, B.A. al-Azhar, Sij Perguruan.

Tim. Pengetua Pentadbiran: Ustaz Hj Mohd Jamil Sadaqi bin Dato' Syeikh Tajuddin al-Jarumi, BA(Hons) UUM, Sij Perguruan.

GREEN Blue Orange BACK TO TOP