
Kursus Asas Pertahanan Awam bagi Sekolah-sekolah Agama Rakyat di bawah tajaan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) yang diwakili oleh 5 orang guru dari SMANH. Berlangsung di Kompleks Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Langkawi, selama 3H2M pada 12-14 Januari 2025. Program ini bertujuan sebagai langkah awal penubuhan Kadet Sekolah Pertahanan Awam (KASPA) di SMANH. Terima kasih diucapkan kepada pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia APM Negeri Kedah atas penganjuran kursus yang bermanfaat ini. Semoga kursus ini dapat melahirkan guru dan pelajar yang lebih berdaya saing dalam aspek pertahanan awam dan kecemasan. #LZNK #APM #SAR #KASPA #LANGKAWI #من #جد #وجد



