Ustaz Abdullah Ahmad Ex Melele 1979 gambar kanan. Ihsan dari beliau adalah gambar lama murid melele ex 1960an. Dari kiri; Hj Said, Hj Ismail Yahaya dan SS Prof Dato Dr Wan Salim mantan Mufti Pulau Pinang.
    Ustaz Abdullah anak jati Kg Mg Bongok, Megat Dewa adalah pendakwah bebas dan beliau mantan pegawai kanan JAKIM. Setelah menghabiskan pengajian di Melele beliau ke Mesir belajar disana sehingga mencapai kelulusan cemerlang dalam kuliah Syariah di Universiti Al-Azhar Mesir.