👨‍🏫KARNIVAL INOVASI SEKOLAH MENENGAH AGAMA MALAYSIA PERINGKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAHUN 2025👨‍🎨

    Karnival ini kali pertama diadakan dan telah berlangsung pada 25 Mei 2025 bertempat di Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah Melele, Kodiang, Kedah. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Sheikh Hasbullah bin Md Mukhtar, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK).

    Sekalung Tahniah diucapkan kepada 2 orang guru pembimbing Ustazah Aishah juga Ustaz Asyraf dan 5 orang pelajar yang telah mewakili SMANH ke Peringkat Negeri Kedah. Kesungguhan dan daya saing tinggi yang telah ditunjukan dalam pertandingan ini. Sebanyak 20 buah sekolah yang bertanding.

    #KISMAM
    #Kedah2025
    #SMANH25

    إنا لله وانا إليه راجعون
    Dukacita dimaklumkan pemergian seorang staf sekolah Eshah Binti Saidin telah menghembuskan nafas pada 21 Mei 2025 semoga arwah ditempatkan bersama para solehin. Takziah buat keluarga arwah. Arwah mula bertugas pada tahun 1990 sehingga 2025.

    TAHNIAH di atas keputusan cemerlang STAM Sijil Tinggi Agama Malaysia 2024. Pelajar terbaik Muhammad Zaki Azhari bin Amir Sharif. Beliau adalah cucu kepada guru sekolah ini Allahyarham Ustaz Toha Abdul Ghani.
    Keputusan STAM:
    Mumtaz - 1 orang
    Jayyid Jiddan - 5 orang
    Jayyid - 6 orang
    Maqbul - 1 orang