80 orang murid-murid baru tingkatan satu mula melapurkan diri pada hari ini. Hari ini bermulanya majlis suai kenal. Majlis hari ini dimulakan dengan taklimat yang dihadiri oleh murid dan ibu bapa. Majlis diserikan dengan ucapan pegawai Lembaga Zakat Negeri Kedah Tuan Shafik dan ucapan aluan PK Hem Puan Fauziah. Taklimat disampaikan oleh warden-warden asrama.