Kursus Asas Pertahanan Awam bagi Sekolah-sekolah Agama Rakyat di bawah tajaan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) yang diwakili oleh 5 orang guru dari SMANH. Berlangsung di Kompleks Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Langkawi, selama 3H2M pada 12-14 Januari 2025. Program ini bertujuan sebagai langkah awal penubuhan Kadet Sekolah Pertahanan Awam (KASPA) di SMANH. Terima kasih diucapkan kepada pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia APM Negeri Kedah atas penganjuran kursus yang bermanfaat ini. Semoga kursus ini dapat melahirkan guru dan pelajar yang lebih berdaya saing dalam aspek pertahanan awam dan kecemasan. #LZNK #APM #SAR #KASPA #LANGKAWI #من #جد #وجد


    Lihat di Facebook

     


    Majlis lunch akhir sessi persekolahan 2024/2025. Tuan pengetua Dr Jamil alJarumi menyampaikan ucaptama bertajuk "IKHLAS DALAM KERJA BERJAMAAH". Doa dibaca oleh Tuan Guru Syeikh Zaki Al Dalali. Pengerusi sambutan yang juga Pengerusi Kebajikan Guru & Staf, cikgu Atikah menyampaikan ucapan aluan. Majlis dihadiri oleh semua guru2 Nahdhah Hasanah. Cabutan bertuah dimenangi oleh Tuan Hj Mursyid dan Ustazah Zahida. Semoga diberkati guru dan keluarga serta warga NH. Cikgu Tikah dalam penutupnya mengungkap: Terima kasih tiada terperi Kepada guru2 yang didikasi Tahun depan kita buat lagi Di restoran menara tinggi





    Lihat di Facebook


    BEKAS PELAJAR Nahdah Hasanah; Azizah binti Hasan 72, yang juga menantu Tuan Guru Syeikh Tajuddin AlJarumi kembali ke rahmatullah di Shah Allam dan akan dikebumikan berhampiran rumah mereka di Setapak KL. Semoga rohnya dirahmati oleh Allah. Takziah kepada suaminya Haji Md Shafik bin Dato' Tajuddin Al-Jarumi dan anak-anak serta keluarga.
    Lihat di Facebook