Majlis Hari Anugerah Cemerlang Tahun

MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG TAHUN 2019.
Hadiah kecemerlangan disampaikan oleh Syeikh Alauddin bin Dato' Abu Bakar, KPP bhg Penyelidikan JHEAIK. Sebelum itu beliau menyampaikan ucapan perasmian. Manakala hadiah kategori insentif disampaikan oleh Syeikh Mumtaz Juhdi wakil Persatuan Pengetua Sekolah Agama Rakyat Kedah. Di dalam majlis ini Syeikh Abdullah Din PK SMKA ARAU Perlis dinobatkan sebagai WARIS JAYA. Anugerah ini diberikan kerana semua 7 orang anak-anak beliau yang belajar di sekolah ini berjaya menjadi pelajar cemerlang sehingga beliau menjadi sumber kajian IPT di atas kejayaan ini.

Majlis warna-warni ini juga diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan yang terdiri daripada Tuan Pegawai Agama Kubang Pasu Syeikh Zainal Mokhtar, Ustaz Sulaiman pegawai Hal Ehwal Masjid Kubang Pasu, Wakil CEO Lembaga Zakat Kedah, Wakil Ketua Polis Daerah, wakil pengetua dan guru besar sekolah-sekolah jiran, penghulu mukim dan waris-waris.