Selamat Hari Guru 2018

Selamat hari guru kepada semua guru-guru kami yang dimuliakan. Tahniah kepada semua staf nh. Seramai 6 orang guru menerima penghargaan 2018. Mereka terdiri daripada cikgu md nor dan sir mahmud sebagai tokoh khidmat paling lama. Cikgu sajidah cemerlang p&p, ustazah azlina guru kelas terbaik, ustaz azhar guru paling aktif dan cikgu sayfonezam dianugerahkan sebagai guru yang paling menepati masa. Dua orang staf yang menerima penghargaan ialah pekerja khidmat lama en. Md zain husin dan pekerja cemerlang puan saadiah iaitu tukang masak. Tahniah diucapkan. Sijil dan hadiah disampaikan oleh tetamu kehormat ybhg. Syeikh osman nasition, mudir pasetren alikhlas, sumatera. Beliau merupakan bekas pelajar 1970an dan mantan guru sekolah ini sekitar 1980an selepas melanjutkan pengajian di baghdad dan mesir.