Majlis Sambutan Maal Hijrah

MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH. 
* Solat hajat diimami oleh Tuan Mudir, Ust Jamil AlJarumi. 
* Bacaan yasin diketuai Ust Raja Azrifuddin AlHafiz
* Membaca doa kejayaan pelajar oleh Tok Sibaweh Melele TG Syeikh Zaki
* Ucapan Aluan Tuan Prof Madya Hj Abu Hasan Morad, Ahli Lembaga Sekolah. 
* Ceramah Maal Hijrah oleh TG Syeikh Helmi As Syafiee.



Majlis Ramah Mesra Bersama Menteri Besar Kedah

Majlis Ramah Mesra Bersama Menteri Besar Kedah. Warga Nahdhah Hasanah Melele mengucapkan penghargaan & terima kasih kepada Dato' Seri Mukris di atas kesudian beliau melawat kami.


Majlis Jamuan Aidilfitri SMANH 2018

Majlis Jamuan Aidilfitri SMANH 2018


Ziarah Ulama Besar Mesir Al Habib Muhammad

LAWATAN/ ZIARAH ULAMA BESAR MESIR, GURU TAFAQQUH JAME' AL-AZHAR & AHLI DARUL IFTA' (FATWA) AL HABIB MUHAMMAD BIN ABDUL RAHMAN AL- MAQDI AL-HADRAMI KE Nahdhah Hasanah, Melele. Turut hadir pada majlis di Masjid Sy Tajuddin ialah pengetua U Jamil Al-Jarumi dan guru-guru serta pelajar-pelajar.


Majlis Iftar bersama PDRM Kedah/MCPF/IBF Jitra

PELAJAR-PELAJAR NAHDHAH HASANAH DIRAIKAN DI DALAM MAJLIS BERBUKA PUASA PDRM KEDAH/MCPF/IBF JITRA.

Seramai 70 orang pelajar sekolah ini dan 3 orang guru diraikan di dalam majlis berbuka puasa tersebut. Majlis diserikan oleh kehadiran Ketua Polis KEDAH YDH CP Dato' Zainal Abidin bin Kasim. Turut hadir Pengetua Sekolah Nahdhah Hasanah Ust Jamil Dato' Tajuddin Al-Jarumi dan 3 orang guru sekolah ini. Lain-lain tetamu yang hadir terdiri daripada YDH ACP Ismon Suratman, OCPD Kubang Pasu Tuan DSP Hj Mohd Ismail bin Ibrahim serta pegawai-pegawai kanan polis IPK dan IPD Kubang Pasu. Turut juga hadir Pengerusi MCPF Jitra Hj Yusof Arifin. Majlis diadakan di Dewan Inapan Mahsuri. Sekolah-sekolah lain yang hadir terdiri daripada Maahad Syeikh Tajuddin Al-Jarumi dan Maahad Tahfiz Bestari Wang Tepus. Bacaan tahlil diketuai oleh Ustaz Jamil Al-Jarumi dan solat tarawih diimamkan oleh Syeikh Abdul Wahab Al-Misri.

 


Page 3 of 5