
Kami WARGA NAHDHAH HASANAH MELELE mengucapkan terima kasih & penghargaan kepada YB Ustazzah Marhamah Rosli, Tim Menteri Agama di atas lawatan ke sekolah kami hari ini. YB melawat Galeri, meraikan murid2 TERBAIK SPM sambil menanam pokok di taman herbal sebagai kenang2an.

ماشاء الله تبارك الله
TAHNIAH
Murid TERBAIK SPM sekolah ini berjaya mendapat A dalam semua 10 subjek (10A) yang didudukinya. Nur Faridatu Asma binti Basharrudin berjaya mendapat A dalam semua subjek yang diambilnya setelah membuat SEMAKAN dengan Lembaga Pepereksaan. Faridah adalah murid Aliran KBD (Diniah), memasuki sekolah ini tingkatan Satu 2021. 5 subjek KBD yang diambilnya dalam SPM yang berpengantar bahasa Arab ialah Lughatul Arobiah Muassirah, Nusus wal Balaghah, Manahij (Ilmu Alat), Syariah dan Usuluddin. Faridah yang tinggal di asrama tidak mengambil tusyen luar sebagai persediaan menghadapi SPM tetapi memberi sepenuh perhatian kepada pembelajaran di dalam kelas dan menumpukan kepada latih tubi yang diberi oleh guru2 subjeknya serta menghafaz fakta2 bahasa Arab seperti yang disuruh oleh guru. Baginya guru2 subjeknya adalah idolanya dan hubungan baik serta adab semtiasa dijaga. Pengalaman hidup sederhana sebagai ANAK YATIM menjadikannya lebih tabah untuk terus belajar. Ibu semtiasa berdoa dan memberi dorongan serta semangat. Semoga roh ayahnya dirahmati Allah

الحمد لله
🧾Majlis Penyerahan Keputusan SPM 2025 Aliran KBD (Dinah Arobiah)

Majlis Berbuka Puasa & Khatam AlQuran. Penaja untuk majlis ini adalah kerjasama LZNK. Kaifiyat khatam Al-Quran sepertimana yg dilakukan oleh Tuan Guru Sheikh Tajuddin ini dipimpin oleh Tuan mudir.
سبحان الله
Cerapan bintang di langit Nahdhah Hasanah selepas solat tarawih malam 30 Ramadan
Halaman 2 daripada 25
