SMA Nahdhah Hasanah MeleleSMA Nahdhah Hasanah Melele
MENU
  • Laman Utama
  • Info Sekolah
    • Pengenalan Sekolah
    • Misi dan Visi
    • Kata Aluan Pengetua
    • Sejarah Penubuhan
    • Pengasas Madrasah
  • Pengajian
    • Kurikulum
    • Peluang Masa Hadapan
  • Hubungi
  • Berita
  • Galeri Gambar
  • Permohonan

Kata Aluan Pengetua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya Laman Web SMA Nahdhah Hasanah ini dapat dikemaskini dan disempurnakan untuk tahun 2007 ini.

Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini dapat dilihat begitu banyak organisasi menggunakan laman web dan portal masing-masing dalam urusan-urusan harian seperti urusan perbankan, pendidikan, perniagaan, komunikasi dan forum secara terus-menerus melalui komputer.

Ini adalah satu usaha murni yang harus kita teruskan bagi menyahut seruan Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) dalam melahirkan masyarakat yang celik komputer dan menjadikan komputer sebagai saluran utama komunikasi dewasa ini. Justeru itu adalah wajar untuk mewujudkan laman web sekolah ini bagi membolehkan para pelajar dan guru meneroka dan menjelajahi dunia teknologi maklumat yang begitu dinamik dan mencabar.

Sekian , terima kasih.

"Man Jadda Wa Jadda"

Syeikh Hj. Mohd Jamil Sadaqi bin Dato' Mursyid Diraja Al-Marhum Syeikh Tajuddin Al-Jarumi
Pengetua SMA Nahdhah Hasanah.

Sejarah Penubuhan

PRA PENUBUHAN MADRASAH NAHDHAH HASANAH

Perhimpunan penduduk pada tahun 1 Sya’ban 1365H bersamaan 30 Jun 1946M, yang diketuai oleh Imam Lebai Salleh bin Haji Abdul Hamid dan Tuan Guru Haji Muhammad Nor bin Syeikh Samah di tapak pekan sehari Padang Sera telah mengambil keputusan untuk menubuh sebuah sekolah agama di kawasan tersebut. Sebuah jawatan kuasa yang diketuai oleh Imam Lebai Salleh dibentuk bagi merealisasikan resolusi tersebut.
 
Setelah beberapa bulan daripada perhimpunan tersebut iaitu pada Oktober 1946M, Tuan Imam Lebai Salleh mengambil inesiatif permulaan dengan meminjamkan bangunan kedai lama yang tidak digunakannya (kira-kira 300 meter dari penempatan sekolah sekarang) untuk dijadikan kelas. Kebetulan pada masa itu seorang bekas tentera Indonesia iaitu Ustaz Ali Boestamam yang berasal daripada Medan Sumatera datang untuk menetap di sini telah diambil oleh beliau untuk mengajar di sini. Jumlah murid yang mendaftar pada ketika itu adalah seramai 18 orang. Pada masa yang sama Tuan Guru Haji Tajuddin bin Abdul Rahman al-Jarumi baru pulang daripada Mekah dan sampai kepengetahuan Imam Lebai Salleh dan beliau bercadang untuk mengambil beliau sebagai Mudir dan Tok Guru di madrasah yang baru dibukanya ini. Kira-kira 3 bulan sekolah beroperasi suatu krisis berlaku di antara Imam Lebai Salleh dengan Ustaz Ali Boestamam menyebabkan beliau disingkirkan dari mengajar di sini. Ustaz Ali Boestamam bersama-sama muridnya berpindah ke Kampung Lama ( kedudukan di antara Pandang Sera menghala ke Kodiang). Manakala sekolah yang baru berusia beberapa bulan itu ditutup.

BERMULANYA MADRASAH NAHDHAH HASANAH

Pada Sya’ban 1366H bersamaan 20 Jun 1947M setelah rumah dan surau siap di bina untuk Tuan Guru Haji Tajuddin Al-Jarumi bersama isterinya Puan Siti Zabedah binti Ismail disambut oleh masyarakat kampung untuk menetap di sini dan seterusnya ditabalkan sebagai mudir yang pertama.
 
Murid-murid pertama yang diterima masuk ke sekolah adalah pada mula-mula penubuhan ialah seramai kira-kira 13 orang yang terdiri daripada anak tempatan. Di antara mereka ialah Abdul Halim bin Imam Lebai Salleh, Ramli bin Toha, Aishah binti Abdul Hamid, Hashim Naim bin Othman, Tom binti Ismail, Yahya bin Jusuh, Intan binti Mat Arif, Bakar bin Ahmad dan lain-lain.
 
Ahli Jawatan kuasa Lembaga Tadbir sekolah yang pertama ditubuhkan pada masa itu ialah terdiri daripada Tuan Imam Lebai Salleh, Tuan Haji Darus Arshad, Cikgu Shaari bin Abu Bakar (Setiausaha Pertama), Cikgu Ismail bin Ahmad, Cikgu Talib bin Din, Haji Othman bin Idris, Haji Jusuh bin Idris (bendahari pertama), Haji Mat Arif bin Jusuh.
 
Guru awal yang dilantik bagi membantu Tuan Guru Haji Tajuddin ialah Ustaz Zainal Abidin dan Ustaz Haji Ahmad. Setelah itu guru-guru sekolah ini di ambil dari kalangan bekas-bekas penuntut sekolah ini. Mereka terdiri daripada Ustaz Nayan, Ustaz Hashim Ishak, Ustaz Kasim Lebai Man, Ustaz Salleh bin Sutan dan Ustaz Hashim Naim.
 
Pada tahun 1368 bersamaan 1949 sekolah ini telah didaftarkan secara rasmi dengan Majlis Agama Islam Negeri Kedah oleh Pendaftar Sekolah-sekolah Agama pada masa itu iaitu Syeikh Mahmud dengan nama Madrasah Nahdhah al-Hasanah atau Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah. Nama sekolah ini diilhamkan oleh kadi Kubang Pasu pada masa itu iaitu Tuan Haji Ahmad bin Yasin. Sekolah kemudiannya terus berkembang dengan pesatnya hingga ke hari ini.

Kurikulum

JENIS-JENIS KURIKULUM YANG DIGUNAKAN :
- KBSM
- Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK)
- Tahfiz Al-Quran

PEPERIKSAAN :
PMR, SMRA, SPM, STAM, STA, & IV THANAWI (Sijil Tinggi Sekolah)

AKTIVTI KO-KURIKULUM :
- KELAB - PROSTAR, Taranum, Maulid, Pidato, Nasyid Moden, Nasyid Soutul Arab, Silat, IT.
- PERSATUAN BERUNIFORM - PBSM, Puteri Islam,
- PERSATUAN - Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik & Sains, Falaq Syar'i. Tg 6, Pelajar Tahfiz.
- BADAN - Sukan, Pengawas, Pustakawan, AJK Buku Teks dan AJK Bilik Tayangan. Muhadoroh

AKTIVITI-AKTIVITI KO-KURIKULUM PERINGKAT SEKOLAH :
- Bulan Bahasa Arab
- Majlis Bahasa Bunga Bangsa
- Hari Sukan
- Majlis Qiyamullail
- Musabaqah Al-Quran
- Karnival Nasyid
- Perayaan-perayaan hari kebesaran Islam
- Majlis Muhadoroh
- Perkemahan

AKTIVITI ASRAMA YANG DIJALANKAN SEPANJANG TAHUN :
- Kuliah Subuh
- Kuliah Kitab Turas
- Tazkirah
- Solat berjemaah
- Riadhah
- Kelas Al-Quran
- Kelas pembelajaran
- Dan pelbagai lagi aktivi asrama.

Pengenalan Sekolah

INTRO

Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah Melele merupakan sebuah sekolah agama rakyat bantuan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah. Ia ditubuhkan sejak tahun 1946. Pengajian di sini menggunakan kurikulum yang seimbang yang terdiri daripada kurikulum Universiti Al-Azhar untuk agama dan bahasa Arab, Tahfiz al-Quran dan Kurikulum bersepadu sekolah menengah (KBSM). Pendidikan rohani menjadi cabang utama dalam pengajian di sini. Dalam program pembentukan kerohanian, pelajar-pelajar diwajibkan mengikuti jadual-jadual harian dan mingguan seperti berikut:

1- Solat fardhu berjamaah 5 waktu.

2- Zikir selepas solat lima waktu.

3- Membaca al-Quran selama 20 minit selepas solat magrib dan subuh

4- Majlis membaca ratib al-Haddad selepas solah Asar.

5- Membaca zikir asmaul-Husna selepas solat 'Isyak.

6- Membaca Qosidah burdah dan lain-lain sebelum magrib di bawah bimbingan Syeikh Abdul Wahab al-Misri.

7- Majlis membaca surah Yasin dan doa' pada tiap-tiap hari Khamis selepas solat magrib dan membaca surah al-Kahfi selepas soalat 'Isyak

8- Majlis tahlil selepas magrib hari Jumaat.

9- Mengikuti kuliah subuh Ustaz Jamil al-Jarumi mengenai fadailul A'mal pada hari Jumaat dan Sabtu.

10- Mengikuti kuliah Magrib Ustaz Zaki Al-Fathoni mengenai penjagaan akhlak pada hari Ahad.

 

PEGAWAI KANAN SEKOLAH

Pengetua & Pengarah Pentadbiran - Syeikh Mohd Jamil Sadaqi bin Dato' Haji Tajuddin al-Jarumi. B.A. Hons UUM Business Management. Sijil Perguruan Menengah Rendah (KPM)

Tim. Pengetua Pengurusan Akademik - Syeikh Harun bin Jasin, B.A. al-Azhar, Sij Perguruan.


Copyright© 2025 SMA Nahdhah Hasanah.
Sponsored by Amal Khalifah Enterprise

Menu

  • Laman Utama
  • Info Sekolah
    • Pengenalan Sekolah
    • Misi dan Visi
    • Kata Aluan Pengetua
    • Sejarah Penubuhan
    • Pengasas Madrasah
  • Pengajian
    • Kurikulum
    • Peluang Masa Hadapan
  • Hubungi
  • Berita
  • Galeri Gambar
  • Permohonan