Majlis Hari Anugerah Cemerlang Tahun 2019

MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG TAHUN 2019.
Hadiah kecemerlangan disampaikan oleh Syeikh Alauddin bin Dato' Abu Bakar, KPP bhg Penyelidikan JHEAIK. Sebelum itu beliau menyampaikan ucapan perasmian. Manakala hadiah kategori insentif disampaikan oleh Syeikh Mumtaz Juhdi wakil Persatuan Pengetua Sekolah Agama Rakyat Kedah. Di dalam majlis ini Syeikh Abdullah Din PK SMKA ARAU Perlis dinobatkan sebagai WARIS JAYA. Anugerah ini diberikan kerana semua 7 orang anak-anak beliau yang belajar di sekolah ini berjaya menjadi pelajar cemerlang sehingga beliau menjadi sumber kajian IPT di atas kejayaan ini.



Majlis Ilmu Almusnid Almuhaddis Syeikh Husni Ginting

SMANH SYEIKH HUSNI GINTING

Majlis Ilmu disampaikan oleh Almusnid Almuhaddis Syeikh Husni Ginting pada 18 Jun 2019.

Pengajian hadis musalsal, iaitu merawikan atau menyampaikan hadis secara amaliah dan menyebut sanad muttasil. Kuliah ini diserta oleh guru-guru dan pelajar-pelajar Nahdhah Hasanah Melele serta Maahad Syeikh Tajuddin AlJarumi.

Semua pelajar menerimanya dengan cara amaliah dengan bertemu guru seorang demi seorang seperti mana guru ini menerima hadis dari gurunya. Di antara hadis yang dirawikan ialah Musalsal bil awwaliah, musalsal memasang bakhur, Musalsal mewangikan dengan minyak 'atar, musalsal bersalaman, musalsal bertasbih.


Majlis Himpunan Huffaz 2019

Himpunan Huffaz 2019

Tuan Mudir SMANH Terima Anugerah Guru Agama Jasa & kenangan Bakti dari MB Dato' Seri Mukris Tun Mahathir.

Majlis Himpunan Huffaz dan Warga Pondok serta Sekolah Pondok dihadiri oleh 4 ribu orang dari seluruh Kedah.


Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengarah JHEAIK

Majlis Iftar SMANH bersama JHEIK

Rabu 15 Mei 2019/10 Ramadhan 1440. Majlis yang dianjurkan oleh JHEIK ini diserikan dengan kehadiran Yg.

Berbahagia Dato' Abdul Rahman Ismail Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman.

Turut hadir Tuan Syeikh Zainol Jamal Pendaftar Sekolah-sekolah Agama KEDAH, pegawai-pegawai Bahagian Pelajaran JHEAIK, Tok-Tok Guru Pondok dan Mudir2 sekolah Agama Utara Kedah.

Di antara yang hadir Tuan Guru Syeikh Abdul Rauf Pondok Hj Awang Pida 3 melahirkan rasa bertuah kerana dapat hadir di dalam majlis perhimpunan alim ulama yang seperti ini.


Majlis Bersama Ulama Habib Ibrahim bin Muhammad

smanh 050319

Majlis bersama Al'Allamah Habib Ibrahim bin Muhammad berasal dari Tarim Hadramaut,

pada 4 March Isnin di Masjid Syeikh Tajuddin Al-Jarumi.


Page 1 of 5